Thursday, 12 November 2015

MONKEY BUSINESS - STORYLINE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA 
Saya (Show Off Studio) telah ditugaskan untuk membina satu permainan video (jalan cerita & karakter). Berikut merupakan secara kasar jalan cerita yang saya telah siapkan. 



SHOW OFF STUDIO – MONKEY BUSINESS
SEMESTER      : SEMESTER TIGA 2012/2013
KOD KURSUS     : MMD10423 – REKA BENTUK KAREKTER
PENSYARAH       : PUAN FADHLINA BINTI MOHD RAZALI

Storyline
Permainan ini berkaitan dengan perniagaan Boss the Gorilla. Boss the Gorilla mempunyai seorang pekerja yang bernama Bebop the Monkey (watak utama). Bebop merupakan seorang penghantar barang yang berprofesional. Bebop ditugaskan supaya menghantar barang kepada pelanggannya. Boss the Gorilla  telah memberikan satu amanah dan syarat  kepadanya supaya tidak membuka bungkusan barang tersebut.
            Boss the Gorilla  telah menetapkan bahawa setiap tugasan akan diberikan ganjaran. Sedang asyik melakukan tugasan Bebop didatangi oleh Chief the Chimpanzee yang mana akan  memberikan amaran kepadanya bahawa dia akan ditugaskan untuk melakukan tugasan yang merbahaya.
            Walaubagaimanapun, Bebop tidak mempedulikan tenteng amaran cimpazi kerana sikap yang angkuhnya dan tamakkan pada wang ringgit. Pada suatu ketika, dia telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Boss. Bebop telah membuka barang tersebut merupakan satu barang yang terlarang.
            Bebop mula menyedari bahawa dia dipergunakan oleh Boss the Gorilla. Bebop mula berasa takut akan barang tersebut dan telah membuat keputusan supaya perkara ini mesti dilaporkan kepada pihak polis. Bebop telah melaporkan kepada pihak berkuasa namun sebaliknya malang yang menimpanya , yang mana pihak polis telah melebelkannya sebagai pesalah jenayah.
            Bebop ingin menegakkan kebenaran dan membela dirinya, telah membuat keputusan ingin membongkarkan rahsia Boss the Gorilla. Supaya kejahatan Boss the Gorilla  diketahui umum. Pada masa yang sama Chief the Chimpanzee turut menghulurkan bantuan.
            Persoalanya siapakah Chief the Chimpanzee? Apakah kaitan dengan Bebop? Mampukah Bebop membuktikan yang dia tidak bersalah dalam pembongkaran rahsia ini!

                                           copyrighted by Show Off Studio, 2012

No comments:

Post a Comment