Video As74 di sungai samak
8 letters, 3 words, 1 meaning; I want you !
Tuesday, 8 September 2015
Saturday, 5 September 2015
Kisah Pilih Jodoh : Pengajaran dari satu penampar
Saya
tertarik dengan sebuah artikel dalam sebuah majalah baru-baru ini mengenai
sikap segelintir manusia yang bermacam ragam pilihan dan kemahuan.
Kadang-kadang
kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak
dijangka. Namun, apabila melihat begitu indahnya kehidupan insan yang
dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu
yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.
Tidak
seperti seorang individu bernama Along yang begitu memilih soal pasangan
hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.
“Eh! Abah
ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si
Mamat Pendek tu kulit hitam legam, hidung besar, mata sepet, tak handsome
langsung! Abah rela ke…Cucu abah nanti…”
Pak Abu
memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang,
tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.”
Lemah-longlai
tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana
berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh,
terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli
apa saja, buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak
izin iaitu jodoh.
Allah Taala
Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki
kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan
bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.
Ada yang
berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang
berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang
beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.
Ragam
manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah,
mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.
Mungkin kita
boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk
renungan bersama.
Ada seorang
pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan
sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang
dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.
Satu hari
beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh
menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam:
Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak
Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam:
Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
Pemuda: Saya
ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan
kepada saya?
Kedua,
apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api,
kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak
menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan
tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan
sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda
(sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam:
Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak
tanyakan kepada saya.
Pemuda: Saya
amat tidak faham…??
Pak Imam:
Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda:
Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak Imam:
Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda :
Ya….!
Pak Imam:
Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda: Tak
boleh Pak Imam…!!!
Pak Imam :
Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan
Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam :
Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda :
Tidak….!!?
Pak Imam :
Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda :
Tidak….!!!?
Pak Imam :
Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam :
Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?
Pemuda :
Kulit dan daging…!!!
Pak Imam:
Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
Pemuda:
Kulit dan daging….!!!??
Pak Imam :
Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda:
Sakit dan pedih….!!!?
Pak Imam :
Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika
Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk
syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
Pemuda:
Allahuakbar!
Islam tetap
dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.
Tidak ada
lagi ‘persoalan’ dan persepsi yang perlu dijawab dan bermain – main difikiran
kita. Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri
adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap
manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan
kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti
perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia:
sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah
menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran
mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan
tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan
jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan
juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.”
Cinta tidak
pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak
pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Sekilau-kilau
berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah
ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…Saya tertarik dengan sebuah
artikel dalam sebuah majalah baru-baru ini mengenai sikap segelintir manusia
yang bermacam ragam pilihan dan kemahuan.
Kadang-kadang
kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak
dijangka. Namun, apabila melihat begitu indahnya kehidupan insan yang
dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu
yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.
Tidak
seperti seorang individu bernama Along yang begitu memilih soal pasangan
hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.
“Eh! Abah
ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si
Mamat Pendek tu kulit hitam legam, hidung besar, mata sepet, tak handsome
langsung! Abah rela ke…Cucu abah nanti…”
Pak Abu memotong
ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna
pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.”
Lemah-longlai
tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana
berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh,
terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli
apa saja, buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak
izin iaitu jodoh.
Allah Taala
Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki
kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan
bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.
Ada yang
berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang
berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang
beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.
Ragam
manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah,
mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.
Mungkin kita
boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk
renungan bersama.
Ada seorang
pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan
sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang
dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.
Satu hari
beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya. Pemuda: Pak imam apakah boleh
menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam:
Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak
Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam:
Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
Pemuda: Saya
ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan
kepada saya?
Kedua,
apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api,
kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak
menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan
tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan
sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda
(sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam:
Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak
tanyakan kepada saya.
Pemuda: Saya
amat tidak faham…??
Pak Imam:
Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda:
Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak Imam:
Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda :
Ya….!
Pak Imam:
Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda: Tak
boleh Pak Imam…!!!
Pak Imam :
Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan
itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam :
Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda :
Tidak….!!?
Pak Imam :
Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda :
Tidak….!!!?
Pak Imam :
Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam :
Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?
Pemuda :
Kulit dan daging…!!!
Pak Imam:
Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
Pemuda:
Kulit dan daging….!!!??
Pak Imam :
Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda:
Sakit dan pedih….!!!?
Pak Imam :
Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika
Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk
syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
Pemuda:
Allahuakbar!
Islam tetap
dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.
Tidak ada
lagi ‘persoalan’ dan persepsi yang perlu dijawab dan bermain – main difikiran
kita. Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri
adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap
manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan
kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti
perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia:
sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah
menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran
mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan
tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan
jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan
juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.”
Cinta tidak
pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak
pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Sekilau-kilau
berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah
ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
HEALTHY IS IMPORTANT IN LIFE
Hurom HH Elite Slow Juicer
next target
Yonanas Fruit Ice Cream Maker
yang ini baru sahaja tiba pada 06/09/2015
Subscribe to:
Posts (Atom)







