Friday, 13 November 2015

MONKEY BUSINESS - FULL CHARACTER SKETCH



ASSALAMUALAIKUM




Berikut merupakan lakaran penuh bagi karakter Bebop the Monkey.
Wajahnya sentiasa ternsenyum sinis menunjukkan sifat licik dalam dirinya.Badan yang kurus dan tinggi (remaja) pula menunjukkan dia mempunyai stamina yg kuat dan selalu melakukan kerja yg banyak (menghantar barang melalui larian).








Langkah - langkah melukis karakter : Bebop the Monkey.






Langkah 1 : Cara melukis karakter monyet.

Langkah 2: Karakter tanpa mulut dan bermulut.

Langkah 3: Karakter tanpa telinga dan karakter bertelinga.

Langkah 4: Karakter tanpa tangan dan bertangan sebelah.

Langkah 5 : Karakter tanpa badan bawah dan tanpa tangan.

Langkah 6 : Karakter tanpa kaki dan sebelah kaki

Langkah 7 : Karektor tanpa ekor dan berekor



Lakaran Mulut

Langkah 8: Karakter muka dan mulut

Langkah 9: Karakter Siap dilukis dengan kemas.

Langkah10 : Warnakan karakter dengan kemas.






ASSALAMUALAIKUM





Selepas menyiapkan jalan cerita dan biodata karakter (Monkey Business), langkah seterusnya adalah melakar karakter. Fokus utama diberikan kepada Bebop the Monkey (karakter utama).

Lakaran di mulakan dengan melakar beberapa idea untuk bahagian wajah karakter berdasarkan ciri - ciri yg telah dibincangkan. Bagi bahagian wajah, saya  mahu gambarkan yg karakter tersebut adalah licik.
   
Kemudian, beberapa bahagian badan pula di lukis. Bentuk badan harus seimbang dengan bahagian kepala dan beberapa idea telah dilakar. Saya memilih bentuk badan kurus dan tinggi kerana dapat menggambarkan karakter tersebut seolah - olah kuat bekerja.

Selepas selesai melakar karakter, fokus diberikan pula kepada penampilan karater tersebut (pakaian dan barangan) kerana salah satu daya penarik bagi sesetengah watak adalah penampilan mereka yang menonjol. Karakter yg berpenampilan menarik dapat dilihat dalam kebanyakan karakter animasi Jepun sebagai contoh FINAL FANTASY, BLEACH, NARUTO dan sebagainya.


                        Pada post berikutnya saya akan memuat naik video lakaran untuk monyet.

Thursday, 12 November 2015

MONKEY BUSINESS - CHARACTER

ASSALAMUALAIKUM &SALAM SEJAHTERA
Berdasarkan jalan cerita yang telah di buat. Saya telah mereka tiga watak, iaitu BEBOP THE MONKEY, BOSS THE GORILLA dan CHIEF THE CHIMPAZEE.
Disini saya 'highlight'kan karakter utama. 




SHOW OFF STUDIO – MONKEY BUSINESS

SEMESTER      : SEMESTER TIGA 2012/2013
KOD KURSUS     : MMD10423 – REKA BENTUK KAREKTER
PENSYARAH       : PUAN FADHLINA BINTI MOHD RAZALI

Character Description
Item
Main Character / Hero / Protagonist
Game Title
Monkey Business
Name
Bebop The Monkey
Type
Haiwan / Monyet
Sex / Age
Remaja Lelaki
Physical Appearance
Berpakai kasual dan sentiasa membawa beg untuk mengisi barang. Berbadan sederhana sasa.
Background / History
Seekor monyet yang telah kehilangan tempat bergantung, dia telah di selamatkan oleh seekor gorilla, Boss. Dia telah di besarkan di bawah jagaan gorilla tersebut. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk  bekerja untuk Boss sebagai tanda membalas baik gorilla tersebut tanpa mengetahui niat sebenar Boss.
Personalities/ Ciri-ciri
Degil, Setia, Tamak, Berlagak, Aktif,
Vokal
Suara Lelaki Normal
Archetypes/ Stereotypes
Archietypes
Relevancy to the story synopsis
Tugas Bebop adalah menghantar barang kepada individu tertentu dengan syarat tidak membuka barangan tersebut tetapi, kerana sifat degilnya, dia telah melanggar peraturan. Oleh itu, dia telah menimbulkan masalah dan terpaksa menyelesaikan masalah yang di hadapi.


MONKEY BUSINESS - STORYLINE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA 
Saya (Show Off Studio) telah ditugaskan untuk membina satu permainan video (jalan cerita & karakter). Berikut merupakan secara kasar jalan cerita yang saya telah siapkan. 



SHOW OFF STUDIO – MONKEY BUSINESS
SEMESTER      : SEMESTER TIGA 2012/2013
KOD KURSUS     : MMD10423 – REKA BENTUK KAREKTER
PENSYARAH       : PUAN FADHLINA BINTI MOHD RAZALI

Storyline
Permainan ini berkaitan dengan perniagaan Boss the Gorilla. Boss the Gorilla mempunyai seorang pekerja yang bernama Bebop the Monkey (watak utama). Bebop merupakan seorang penghantar barang yang berprofesional. Bebop ditugaskan supaya menghantar barang kepada pelanggannya. Boss the Gorilla  telah memberikan satu amanah dan syarat  kepadanya supaya tidak membuka bungkusan barang tersebut.
            Boss the Gorilla  telah menetapkan bahawa setiap tugasan akan diberikan ganjaran. Sedang asyik melakukan tugasan Bebop didatangi oleh Chief the Chimpanzee yang mana akan  memberikan amaran kepadanya bahawa dia akan ditugaskan untuk melakukan tugasan yang merbahaya.
            Walaubagaimanapun, Bebop tidak mempedulikan tenteng amaran cimpazi kerana sikap yang angkuhnya dan tamakkan pada wang ringgit. Pada suatu ketika, dia telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Boss. Bebop telah membuka barang tersebut merupakan satu barang yang terlarang.
            Bebop mula menyedari bahawa dia dipergunakan oleh Boss the Gorilla. Bebop mula berasa takut akan barang tersebut dan telah membuat keputusan supaya perkara ini mesti dilaporkan kepada pihak polis. Bebop telah melaporkan kepada pihak berkuasa namun sebaliknya malang yang menimpanya , yang mana pihak polis telah melebelkannya sebagai pesalah jenayah.
            Bebop ingin menegakkan kebenaran dan membela dirinya, telah membuat keputusan ingin membongkarkan rahsia Boss the Gorilla. Supaya kejahatan Boss the Gorilla  diketahui umum. Pada masa yang sama Chief the Chimpanzee turut menghulurkan bantuan.
            Persoalanya siapakah Chief the Chimpanzee? Apakah kaitan dengan Bebop? Mampukah Bebop membuktikan yang dia tidak bersalah dalam pembongkaran rahsia ini!

                                           copyrighted by Show Off Studio, 2012

STUDIO'S LOGO


Personal Information



Nama       :Aniq Bin Amran      
Age        :23 Years Old
Study      :UPSI
Program    :Diploma design and game development
           :Bachelor's degree in sports science ( sports coaching )