Selepas menyiapkan jalan cerita dan biodata karakter (Monkey Business), langkah seterusnya adalah melakar karakter. Fokus utama diberikan kepada Bebop the Monkey (karakter utama).
Lakaran di mulakan dengan melakar beberapa idea untuk bahagian wajah karakter berdasarkan ciri - ciri yg telah dibincangkan. Bagi bahagian wajah, saya mahu gambarkan yg karakter tersebut adalah licik.
Kemudian, beberapa bahagian badan pula di lukis. Bentuk badan harus seimbang dengan bahagian kepala dan beberapa idea telah dilakar. Saya memilih bentuk badan kurus dan tinggi kerana dapat menggambarkan karakter tersebut seolah - olah kuat bekerja.
Selepas selesai melakar karakter, fokus diberikan pula kepada penampilan karater tersebut (pakaian dan barangan) kerana salah satu daya penarik bagi sesetengah watak adalah penampilan mereka yang menonjol. Karakter yg berpenampilan menarik dapat dilihat dalam kebanyakan karakter animasi Jepun sebagai contoh FINAL FANTASY, BLEACH, NARUTO dan sebagainya.
Pada post berikutnya saya akan memuat naik video lakaran untuk monyet.


No comments:
Post a Comment