Monday, 26 September 2016

Haeundae Beach, Korea

kenangan tercipta

KELAS BOLA SEPAK DI BUFS

pelajar perempuan 
Bergambar dahulu

TERSELAMAT DARI TERMAKAN BENDA YANG TIDAK SEPATUTNYA

Pada hari pertama aku tiba di Korea,orang yang menguruskan  kami iaitu Mr Bryan belanja kitorang makan dengan nasi goreng berserta kimbap ini dimana aku memberitahu Mr Bryan yang kitorang semua tidak boleh makan makanan berdaging dan hanya boleh makan makanan laut dan sayur-sayuran sahaja



Setelah makanan sampai,aku melihat isi didalam kimbap itu seakan-akan daging dan aku terus memberitahu Mr Bryan dan rupanya isi kandungan daging itu ialah"pork".Mood untuk aku makan pada hari itu terus tiada walaupun aku tengah lapar kerana kali pertama aku melihat benda itu didepan mata.

Monday, 12 September 2016

Saturday, 10 September 2016

Kami ke Haeundae Beach, Korea

Merantaulah agar kau tahu tentang semua perkara dan belajar untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk agar kamu tidak tersesat di kemudian hari

Menunggu Bas
Bas yang sangat comel



Friday, 9 September 2016

Merindui masakan Malaysia

Kedai-kedai makan yang menarik di Malaysia bagi aku:

Dapur siam ,Tanjung Malim,Perak.

Roti cheese naan Pasir Hor, Kelantan

Roti Titab Kota Bharu,Kelantan.

Maggi Kak Dah,PCB,Kelantan

Nasi Kukus Intan,Tanjung Malim,Perak.

Pok nong,Terengganu

Air buah di Durian Tunggal,Melaka.

Kedai Mabiq,Kuantan



Thursday, 8 September 2016

SEMOGA BAIK-BAIK SAJA

Harini umi call dan banyak bercerita dengan umi hari ini,semoga hari-hari di korea ini berlalu dengan cepat umi dan insyallah beban umi dan adik-adik berkurang bila sudah selesai semuanya ini.Terima kasih Umi.Sayang Umi dan Adik-adik.
umi cinta hatiku

Wednesday, 7 September 2016

Pilates Class in BUFS

Kelas ini mengajar tentang macam mana untuk membuat gaya senaman dengan betul  

Gaya-gaya yang diajar

Terasa 1 badan 
susah untuk jumpa di Malaysia 
left side

back side
gaya macam tidur

Belajar bahasa Korea di BUFS

Lecture ni stress dengan ktorang sbb ktorg tiada basic dlm bahasa korea dan dia suruh pilih level 1-5 dimana dia nak tahu kami berada pada level mana dan kami memberitahu yang kami berada pada level 0 dan dia terus stress dan pada hari tersebut dia tergelak kerana untuk pertama kalinya ramai foreigner yang tidak tahu tentang bahasa korea.
Belajar bahasa korea
Brunei,Malaysia & Taiwan
Hari ni lecture masuk lambat 1 jam

Perbezaan dengan Malaysia kalau 30 minit lecture xmasuk confirm-confirm semua dah angkat kaki,namun semua berbeza disini dimana mereka akan menunggu sehingga habis kelas dan belajar terlebih dahulu.

Tuesday, 6 September 2016

DIMANA KAMU BERADA KAMU HARUS JAGA SOLAT!!!!

Hidup hanya sekejap,tiada guna kau sombong dan berlagak atas dunia ini dengan hanya mahukan orang pandang kau kerana kau hanyalah sekecil kecilnya di mata Allah s.w.t.
Ilmu Agama harus dititik beratkan

SUKA DALAM DUKA DI BUFS,KOREA

Aku sangat berbangga pada hari ini kerana diberi peluang untuk bersama-sama mengambil kelas bola sepak bersama-sama dengan pemain bola di BUFS ini.Impian aku untuk bermain bola di atas padang sintetik menjadi kenyataan walaupun di Malaysia aku sudah biasa dengan padang sintetik ini dengan bermain hoki.Namun kegembiraan aku hanya sekejap kerana kecederaan lama aku menghantui aku sebelum ini iaitu "backpain" dtg menyerang aku ketika aku sedang berlatih dan iainya telah menyebabkan aku untuk melupakan semua kemahiran yang akan diajar di BUFS ini kerana aku sudah tidak boleh bergerak dengan baik lagi.Aku berharap dapat berjumpa dengan tukang urut secepat yang mungkin untuk membetulkan sakit aku.
Kelas bola bersama pemain bola BUFS
Muka kena ceria walaupun sedey 
Bersama BUFS football 
padang sintetik 
Pengalaman bermakna 
"warm up"

SMOKING AREA

Kesemua warga BUFS akan merokok disini bersama-sama pensyarah mereka,staff mereka dan kesemua sekali kerana disini sahaja kawasan yang dibenarkan merokok.Aku xmerokok dan aku just seronok melihat budaya mereka bersama-sama merokok walupun merokok itu membahayakan kesihatan.
kawasan merokok  
hanya disini sahaja dibenarkan merokok

Monday, 5 September 2016

Sports Massage in Bufs

Hari ini kami diajar macam mana cara untuk mengurut kaki dan mengurangkan sakit apabila berlaku kecederaan
Pensyarah bercakap korea buat kami "blur".


\
First day

Berehat sebentar 
Berpasangan 
korea ini meraung kesakitan

BUFS BANK

Kami senang untuk mengeluarkan duit dan melakukan traksaksi apabila bank berada di dalam kampus 
menunggu "turn" untuk membayar insurans

Saturday, 3 September 2016

HUJAN DI BUSAN KOREA

Hujan di Busan, Korea amat berbeza dengan di Malaysia kerana hujan disini agak lama dan boleh dikatakan 24 jam hujan turun dan semestinya di Malaysia kalau iainya berlaku seperti ini ia akan menyebabkan bencana banjir.



Busan Metro Station - Namsan

Train di sini laju macam "ETS" dan harga sekali naik hanyalah sama untuk kemana-mana dan murah bagi mereka yang berada di sini.Namun bagi mereka yang pertama kali naik train di sini mereka akan berasa tidak selesa dengan bau orang sini kerana ada 1 bau  yang kurang enak bila kita berada didalam train itu
Dalam Train
First tempat naik "subway"
Kami di dalam train menuju ke Namsan


Makanan "HALAL" Paling "MURAH" Di BUSAN

Di Busan kedai Morocco Casablanca Restaurant merupakan kedai yang paling terbaik dan paling murah bagi mereka yang beragama "ISLAM".Kedai ini terletak berdekatan masjid Namsan dan di belakang Restaurant Turkey.
Ayam masak tepung dengan nasi

KAMI "TERSESAT" DI NAMSAN


Kami disini terpaksa mencari wifi "free" untuk membalas whatapp "Nelly" kerana kami dan Nelly berada di tempat yang berbeza dan iainya menyukarkan kami untuk melakukan aktiviti bersama-sama.
Menunggu "Nelly"sampai 
Tempat yg sangat bersih
Nie lah "Nelly" @ abam
                             

AKU RESPECT ORANG KOREA

Orang korea ni bila beratur nak naik bas mereka akan beratur dengan sebetulnya,Xkisahlah kau tua ke muda diorang akan ikut "turn" diorang yang tu buat aku respect dekat diorang.

Beratur menunggu bas di BUFS

Friday, 2 September 2016

BELAJAR BAHASA KOREA

Belajar bahasa korea bagi aku amatlah susah dan mencabar dimana mereka tidak dapat bercakap English

Pelajar Taiwan

Speech bahasa korea

kelas korea

REUNION LAST AS74 2016

Rindu 
as74

makan-makan

"mek" cakap dia kuat

ayam ayam

kami 1 keluarga

rindu itu wajib

Jumpa lagi

FAMILY GATHERING

Adik Imran

anak2 buah

adik

kenangan

Kenduri