Sunday, 26 May 2019

TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID


KLANG: Jabatan Pendidikan Selangor merekodkan 3,311 pelajar di negeri ini tercicir persekolahan setakat ini.
Pengarahnya, Mohd Salleh Mohd Kassim, berkata daripada jumlah itu, daerah Petaling Perdana mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti Klang, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Selangor. Pelbagai faktor dikenal pasti yang menjadi punca masalah keciciran pelajar, antaranya masalah keluarga, kesihatan, ada bekerja untuk menyara hidup serta masalah pengangkutan kerana lokasi sekolah yang jauh. Begitu juga murid tanpa dokumen, terbabit dengan pengaruh dadah, malah dibuang sekolah menjadi faktor keciciran. Biasanya peratus yang besar dan ketara yang terbabit dengan masalah keciciran persekolahan ini ialah pelajar di sekolah menengah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sifar Murid Cicir Negeri Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Klang, di sini, hari ini.
Mohd Salleh berkata, jabatan itu menyasarkan 60 peratus atau 1,987 murid akan kembali ke sekolah melalui Program Sifar Murid Cicir dalam tempoh satu tahun.Beliau berkata, dalam tempoh Januari dan Februari 2019, kesan positif yang ketara ditunjukkan dengan penurunan bilangan keciciran murid.Itu kerjasama yang cukup baik, terutamanya masyarakat setempat melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah, kemudian ke Jabatan Pendidikan Selangor, juga lapor kepada Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita harap banyak kes begini dijumpai, seterusnya menempatkan mereka semula ke sekolah yang sepatutnya mereka hadiri,” katanya. Beliau berkata, pelbagai usaha dijalankan bagi membendung dan mengurangkan masalah keciciran pelajar menerusi Program Sifar Murid Cicir. Program ini sudah dan akan terus digerakkan secara berkesan melalui intervensi berfokus dan permuafakatan dengan pembabitan pelbagai agensi, organisasi dan pemimpin setempat.Program ini merangkumi tiga subJawatankuasa utama, iaitu Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir, Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Pendidikan Menengah dan Jawatankuasa Pengurusan Murid Berisiko Cicir,”
Kesimpulanya, pengurusan murid di sekolah harus memastikan semua golongan mendapat pendidikan.Tanpa pengurusan murid ini, mereka akan tidak akan mendapat pendidikan yang baik untuk merubah masa hadapan mereka, keluarga dan Negara.

PENGURUSAN PEMBELAJARAN


TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


41 pengetua cemerlang ditempatkan di sekolah pretasi rendah ".
Dr Maszlee Malik berkata, penempatan pengetua-pengetua berprestasi cemerlang di sekolah berprestasi rendah atau sekolah-sekolah mencabar di bawah program ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepimpinan pengetua di sekolah terdahulu. Katanya, penempatan ini juga merupakan suatu kepercayaan iaitu amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada pemimpin sekolah yang cemerlang dengan harapan yang tinggi agar membawa perubahan yang lebih baik ke sekolah berprestasi rendah.
Kata beliau, jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malahan yang lebih penting ialah kualiti kepimpinan organisasi tersebut.“Dalam konteks sistem pendidikan kita, kepimpinan strategik pada peringkat Kementerian Pendidikan yang mantap perlu disokong oleh kumpulan kepimpinan yang dinamik pada peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.


Kesimpulanya, kepimpinan yang baik amat diperlukan untuk membolehkan sesuatu organisasi berkembang bergerak dengan cemerlang dan mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh institusi ataupun sekolah tersebut.



https://drive.google.com/open?id=1Frg38edcMEvho1XrqJ9xod33X9_6yyfX