Monday, 29 May 2017

SENYUMAN SEORANG IBU

Umi,sangat gembira sekarang & aku sendiri dapat merasainya ketika aku balik dirumah untuk menyambut Ramadhan pada hari pertama Ramadhan,Kegembiraan itu dapat aku lihat ketika umi berbicara.Tiada apa yang dapat seorang anak beri untuk ibunya melainkan melihat ibunya gembira.Semoga umi sentiasa ceria dan gembira selalu

Insyallah suatu hari nanti

Indahnya Sabar

Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya

Subhanallah ♥♥

Wednesday, 24 May 2017

Pencegahan Dan Penjagaan Kecederaan Sukan

last class

kami tidak ramai,tapi kami ada

macha oh macha

mekno, adik, mekti

Monday, 22 May 2017

ADIK IMRAN

sekarang adik imran sudah boleh berlari

KAWAN-KAWAN UPSI

kawan sekelas merupakan keluarga kedua kita selepas keluarga sebenar kita.
geng 1k

geng kelas as74

MSI

Rezeki no 3

HOKI DEWAN TERTUTUP UPSI

Hadiah kepada pemenang

ANUGERAH BTAR

Pelajar upsi mendapat anugerah ini (xingat nama sudah) dia antara yang terbaik 
Bersama pelajar terbaik itu

AL-FATIHAH ABAH

Kenangan aku bersama abah tidak banyak namun perwatakan abah seorang yang sangat garang dengan anak-anaknya menyebabkan aku ingat sampai ke hari ini.Abah melarang anak-anaknya memakan makan ringan dan kami adik beradik makin secara diam-diam.Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ketika adib eksiden dimana adib langsung tidak menangis walaupun berdarah teruk tetapi setelah abah sampai & memarahi adib n adib terus menangis.Dalam 2 minggu sebelum abah meninggalakan kami,abah datang kerumah dan tidak lagi dapat menaiki tangga rumah dan pada ketika itu abah ada berpesan kepada umi "jaga anak-anak dengan baik dan halalkan makan minum dia"  & pada ketika itu aku masih kecil dan hanya mengiakan sahaja. Selepas 2 minggu pada hari rabu bersamaan malam maulidur rasul kami dikejutkan dengan kehilangan seorang "abah" dan pada ketika itu adik kedua bongsu aku bertanya kepada umi,"umi abah tido" dan aku memberitahu yang abah sudah tiada dan adik aku masih memberi jawapan yang sama.Untuk abah kami adik beradik tidak pernah melupakan abah dan berharap abah tunggu kami suatu hari nanti kerana kami semua akan kesana jua.

alfatihah abah..kami sayang abah

kami merindui abah

UMILAH BAPA DAN DIALAH IBU

Ketika aku berumur 10tahun aku diuji dengan kehilangan seorang insan yang bergelar "abah".Bermula pada saat dan ketika itu, umi terlalu banyak bertindak sebagai bapa dan ibu untuk kami 5 beradik dimana umilah yang memasak,menghantar kami kesekolah dan kesemuanya.Kesemua kami adik beradik ketika itu masih kecil dan aku tahu betapa penatnya untuk insan yang bernama Halimah ini untuk membesarkan kami.Disaat kami semua semakin membesar dan ketika aku berumur 19 tahun aku dan adik beradik diuji sekali dengan kesihatan umi dimana umi terkena penyakit angin ahmar @stroke dimana disaat itu kami adik beradik diuji oleh maha pencipta untuk mengajar dan mendidik kami agar menerima qada &qadar yang telah ditetapkan.Namun begitu,dengan usaha,doa yang dibuat,kesihatan umi bertambah baik dan dapat berjalan seperti sediakala walaupun ada sesetengah angota badan tidak mampu lagi bergerak seperti dahulu.Kesihatan umi semakin hari semakin bertambah baik,namun kita hanya merancang dan yang menentukan ialah pencipta dimana umi tidak berapa sihat dan ketika itu aku berada jauh dari umi.Untuk umi,pengorbanan umi untuk kami adik beradik tidak dapat kami bayar dengan wang ringgit kerana pengorbanan umi untuk kami hanya kami yang boleh rasai dan tidak dapat kami semua balas.

kami adik beradik sayang Umi
Penyejuk mata aku &adik beradik

semoga umi kuat seperti dahulu

Saturday, 20 May 2017

SUKAN HARI GAWAI

Terima kasih untuk kawan-kawan as74 kerana memberi 100% komitmen ketika bersukan dan sedikit maaf kepada kawan-kawan andai  pada hari berlakunya sukan ini  mood aku tidak berapa betul dan jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak tanpa sengaja aku meminta maaf sekali lagi kerana yang baik hanya datang daripadanya dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri aku.Btw seronok untuk sukan ini dan diharap lebih ramai budak-budak kelas joint sukan ini serta aktivit-aktiviti lain yang dijalankan supaya kita sama-sama mendapat keseronokan dan kenangan bersama semasa belajar di upsi.Untuk sesetegah budak kelas tu buanglah perasaan berlagak,sombong,angkuh dan jangan kau nak tunjuk yang diri kau tu kurang matang dan kebudak budakkan.Satu je pesanan aku untuk kaum-kaum macam ni ,kalau kau nak orang hormat kau,kau perlu terlebih dahulu hormat orang lain

AS74 zircon

Kami mendapat tempat

bersama junior Titan

Peserta sukan hari gawai

Terima kasih semua

GAMING FAMILY 2017

masing-masing sudah berumur

Wednesday, 17 May 2017

KELAS FYP YANG SEMPOI

Terima kasih Dr hazwan untuk ilmu yang diajar dan maaf jika kami ada membuat dr terasa hati.
last class bersama Dr hazwan
ada sbb mengapa aku tiada

Tuesday, 16 May 2017

PARALYMPIC 2017

coach to be

hakak payung

sitting volleyball 

Pensyarah saya

as74

experience

coach practice 
coach style


coach attitide

COACH TO BE.....

Kelas Methodologi Kejurulatihan yang terakhir untuk semester ini bersama idola kami semua iaitu Dr Zulakbar Abd Karim.
Bersama Idola AS74 iaitu  Dr Zulakbar

Coaching AS74

Thursday, 11 May 2017

MALAM INI KITA PUNYA

Malam ini merupakan malam final hoki diantara zircon vs viper.Kesudahan perlawanan berpihak kepada zircon dengan jaringan 3-0.Semoga kejohanan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.
1K


Ikhtisas 2017

zircon


PERJUMPAAN UNTUK KEJOHANAN HOKI FSSKJ 2017


mereka yg hadir
ajk tempat 
fokus


IKHTISAS HOKI 2017

Jangan takut jika kita tidak melakukan kesalahan dan berani untuk bertindak jika kita merasa diri kita betul dan belajar untuk menerima segala kekurangan yang ada dalam diri kita dengan berjumpa dengan orang yang lebih berpengalaman dari kita.
ilmu yg terbaik 

antara yg terbaik

14 minggu yg berbaloi


Sunday, 7 May 2017

CREW KEJOHANAN HOKI FSSKJ 2017

Anda semua memang terbaik

TERIMA KASIH

Terima kasih untuk belanja makan shellout,hadiah bfday katanya dan terima kasih untuk semua sekali.
Kalau ada rezeki,kita pergi lagi...
Shellout Slim River

MASUM HOKI 2017 DI USM

MASUM 6.0

semakin tua
semoga kita berkawan sampai bila-bila


rezeki kami di suku akhir sahaja