Ketika aku berumur 10tahun aku diuji dengan kehilangan seorang insan yang bergelar "abah".Bermula pada saat dan ketika itu, umi terlalu banyak bertindak sebagai bapa dan ibu untuk kami 5 beradik dimana umilah yang memasak,menghantar kami kesekolah dan kesemuanya.Kesemua kami adik beradik ketika itu masih kecil dan aku tahu betapa penatnya untuk insan yang bernama Halimah ini untuk membesarkan kami.Disaat kami semua semakin membesar dan ketika aku berumur 19 tahun aku dan adik beradik diuji sekali dengan kesihatan umi dimana umi terkena penyakit angin ahmar @stroke dimana disaat itu kami adik beradik diuji oleh maha pencipta untuk mengajar dan mendidik kami agar menerima qada &qadar yang telah ditetapkan.Namun begitu,dengan usaha,doa yang dibuat,kesihatan umi bertambah baik dan dapat berjalan seperti sediakala walaupun ada sesetengah angota badan tidak mampu lagi bergerak seperti dahulu.Kesihatan umi semakin hari semakin bertambah baik,namun kita hanya merancang dan yang menentukan ialah pencipta dimana umi tidak berapa sihat dan ketika itu aku berada jauh dari umi.Untuk umi,pengorbanan umi untuk kami adik beradik tidak dapat kami bayar dengan wang ringgit kerana pengorbanan umi untuk kami hanya kami yang boleh rasai dan tidak dapat kami semua balas.
kami adik beradik sayang Umi
| Penyejuk mata aku &adik beradik |
| semoga umi kuat seperti dahulu |
No comments:
Post a Comment