Monday, 17 June 2019

TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER


KUALA LUMPUR: Transformasi pendidikan pada peringkat sekolah perlu bermula daripada tenaga pengajar yang menjadi suri teladan kepada pelajar pada masa ini.
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Ismail Musa, berkata transformasi itu termasuklah pengurusan bilik guru ke arah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).Beliau berkata, guru tidak seharusnya hanya memfokuskan aspek kelas PAK-21 untuk pelajar sehingga terlupa akan ruangan sendiri di bilik guru menyebabkan pelajar tidak bersungguh-sungguh membuat perubahan. Perubahan dalam diri pelajar adalah bermula daripada guru di sekolah, justeru jadikan pembaharuan positif ini sebagai contoh terbaik kepada pelajar seterusnya mewujudkan suasana kondusif di setiap sudut sekolah termasuklah bilik guru dan Pusat Sumber Abad ke -21,” katanya
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan dan Tokoh Nilam peringkat WPKL di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, semalam. Yang turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah BTP WPKL, Zainuddin Othman; Timbalan Pengarah Pendidikan, Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Asiah Husin; Timbalan Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul, Radzita Radzi dan Ketua Sektor Pembestarian Sekolah BTP KPM, Dr Suhaimi Kadir. Kesemua pemenang akan mewakili WPKL untuk ke Pertandingan Tokoh Nilam peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung tahun hadapan.

Mengenai Smart School Qualification Standards (SSQS) yang dilaksanakan di sekolah seluruh negara, beliau berkata, penilaian itu adalah amalan terbaik bagi pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Katanya, penarafan SSQS 2017 di semua sekolah di WPKL mencapai taraf pembestarian sekurang-kurangnya tahap tiga bintang. Daripada sejumlah 298 sekolah dinilai, sebanyak 37 sekolah mendapat lima bintang, 218 sekolah (empat bintang) dan 43 sekolah (tiga bintang). Bilangan sekolah yang mendapat lima bintang meningkat daripada 17 sekolah pada tahun 2016 kepada 37 sekolah (2017),” katanya.
Kesimpulanya, Pengurusan Sumber merupakan sebagai tempat informasi, inspirasi dan menjadi agen perubahan kepada murid dalam membentuk keyakinan diri dan mengembangkan budaya menuntut ilmu sepanjang hayat dalam diri mereka.

No comments:

Post a Comment